AND MORE...

RETURN TO MAIN PAGE


ORDER NOW!!!


BUMBU BUBUR PEDAS SARAWAK

RM4.50 per packet
Weight: 100g
Serves: 4-6 persons


Bubur Pedas merupakan masakan tradisi Sarawak dan kebiasaannya adalah menu utama paling istimewa di bulan Ramadhan.

Tapi pada masa sekarang Bubur Pedas bukan hanya dinikmati hanya pada bulan Ramadhan, malah untuk hari-hari biasa juga dihidangkan dan tetap menjadi pilihan orang Sarawak di mana sahaja.

Penyediaannya adalah sama seperti membuat bubur yang biasa kita makan, bezanya cuma Bubur Pedas ini dimasak dengan menggunakan Bumbu @ Serbuk Bubur Pedas (ready-made) yang antara bahan-bahannya adalah beras yang telah ditumbuk kasar, rempah-ratus, kunyit, serai, lengkuas, cili dan halia.

BUMBU @ SERBUK BUBUR PEDAS YANG SAYA JUAL NI DIBUAT SECARA HOMEMADE

DAN DIHASILKAN SENDIRI OLEH IBU SAYA DI SARAWAK.

MEMANG SEDAP DAN YANG PENTING BERKHASIAT...!!!

RESEPI & CARA PENYEDIAAN DISERTAKAN...

BERMINAT???

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH CONTACT SAYA MELALUI EMAIL:-

mila.cakes.cookies@gmail.com

atau just isi ORDER FORM ni!!


PENYEDIAAN BUBUR PEDAS ISTIMEWA SARAWAK

Salam and good day everybody...

Saya akan ceritakan macamana penyediaan Bubur Pedas Sarawak ni. Bahan-bahan saya sertakan sekali dengan gambar. Tapi cara-caranya, saya just terangkan ye coz tak sempat nak amik gambar time masak.

Ini antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Bubur Pedas Sarawak.

BAHAN-BAHAN



100g Bumbu @ Serbuk Bubur Pedas


5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih &
7-10 tangkai cili kering (kisar).



190g kerang


20g Udang Kering (direndam)


70g Udang Basah


1 helai Daun Kunyit (hiris halus)


90g Putik Jagung



80g Cendawan
(boleh juga guna Cendawan Butang, Cendawan Shitake)


10g Tauhu Kering (Fucuk)


100ml santan

1L air

Garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Rendam 1 paket (100g) bumbu @ serbuk bubur pedas dengan air biasa (lebih kurang 500ml air). Rendam sekitar 5-10 minit.

2. Panaskan minyak. Tumis Bawang merah, bawang putih hingga wangi.

3. Kemudian masukkan cili kisar. Biarkan sekejap.

4. Masukkan udang kering, isi kerang dan masak hingga empuk. (Boleh juga digantikan dengan ayam, daging).

5. Masukkan bumbu bubur pedas (sekali dengan air rendaman). Kemudian masukkan lagi 500ml air.

6. Kecilkan api dan renggangkan sedikit penutup periuk. Biarkan seketika sehingga bubur kembang dan agak pekat (tekstur lebih kurang macam nasi bubur). Lebih kurang 20-30 minit.

7. Apabila sudah agak pekat, masukkan sayur-sayuran seperti pucuk jagung, daun kunyit, tauhu kering (fucuk), cendawan.

8. Masukkan garam dan perasa. Boleh juga masukkan kiub ayam.

9. Biar seketika hingga mendidih.

10. Akhir sekali , masukkan santan.

11. Siap untuk dihidangkan.

Bubur pedas yg dah siap.


Siapa yang nak cube tu, boleh beli bumbu @ serbuk Bubur Pedas ni dari saya ye.

SELAMAT MENCUBA!!!